1.1 Nota Ringkas: Zaman Pra-Sejarah

A. Zaman Prasejarah

Zaman prasejarah terbahagi kepada 4 tahap: Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam (yang terbahagi kepada 2, iaitu Zaman Gangsa dan Zaman Besi)

B. Zaman Paleolitik dan Mesolitik

  • Cara hidup: Hidup secara nomad (berpindah-randah).
  • Tempat tinggal: Tepi tasik (contoh: Lenggong, Kota Tampan (Perak) & Tingkayu (Sabah), lembah sungai & dalam gua (contoh: Gua Niah, Sarawak).
  • Aktiviti sara hidup: memburu binatang, menangkap ikan & memungut hasil hutan.
  • Peralatan: batu (fokus kepada fungsi).
  • Hidup secara berkumpulan dalam kelompok keluarga.

C. Zaman Neolitik

  • Cara hidup: hidup menetap dalam kelompok yang besar (masyarakat) & dalam penempatan kekal.
  • Sara hidup: 1) bercucuk tanam
          • Padi: di China sejak 8000 tahun yang dulu, Non Nok Tha (Thailand), Ban Kao (Thailand) & Gua Sireh (Sarawak).

2) menternak binatang

          • Biri-biri di Iraq.
  • Peralatan: alatan batu yang telah dilicinkan dan mempunyai pelbagai fungsi.
  • Tembikar (tembikar tanah di Gua Musang, Kelantan)
  • Keupayaan mengeluarkan barang & makanan yang berlebihan telah membawa kepada sistem barter.
  • Selain sistem barter, turut menggunakan cangkerang cowrie sebagai niai tukaran dagangan.
  • Di akhir zaman, manusia mampu menghasilkan barangan logam.

D. Zaman Logam

  • Terbahagi kepada dua: Zaman Gangsa & Zaman Besi
  • Penggunaan logam besi: mampu menghasilkan perahu dan rumah.
  • Penggunaan perahu - mula menerokai laut dan .
  • Kegiatan perdagangan - bermula di kawasan persisiran pantai kemudian berkembang ke masyarakat yang jauh.
  • Perkembangan bandar dan kota: Jericho (Jordan, 8000 S.M) dan Catal Huyuk (Turki, 6500 S.M).



Discussion

0 comments