1.1 Nota Ringkas: Makna-makna Tamadun

A. Maksud Tamadun

  • Bahasa Arab: mudun, madain, madana (maksud: tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar).
  • Bahasa Inggeris: civilisation yang berasal daripada bahasa Greek, civitas (maksud: bandar).


B. Konsep Tamadun

1) Pandangan masyarakat Barat: pembangunan lahiriah (hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang dan pembandaran).

Sarjana Barat:

  • Gordon Childe: pencapaian lahiriah - kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.
  • Darcy Riberio & R.A Buchanan: menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.

2) Pandangan masyarakat Islam: merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah untuk mengukur tahap ketamadunan sesuatu masyarakat.

Sarjana Islam:

  • Syed Naquib Al-Attas: tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.
  • pandangan ini turut disokong oleh: Richard Sullivan yang menekankan unsur rohaniah adalah penting dalam konsep tamadun.


C. Kesimpulan

Tamadun merangkumi pencapaian lahiriah seperti kesenian dan pembukaan kota serta pencapaian rohaniah seperti tatasusila dan moral






Discussion

0 comments