1.2 Nota Ringkas: Ciri-ciri Tamadun
Ciri-Ciri Tamadun
1. Petempatan kekal
- membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik.
- Kepentingan: untuk kelangsungan bekalan makanan.
- Kemajuan dalam pertanian:
- cara penanaman dan penyimpanan makanan dan penternakan binatang.
- Contoh: penciptaan cangkul dan sistem pengairan yang baik.
- Kemajuan pertanian -> meningkatkan pengeluaran -> terdapat lebihan pengeluaran -> boleh menampung pertambahan jumlah penduduk (kerana terdapat bekalan makanan yang berterusan).
2. Kehidupan Berorganisasi
- mampu mengatur cara hidup manusia untuk memastikan kestabilan dan kemakmuran kehidupan mereka.
- Peringkat Awal: sistem keluarga.
- Pertambahan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi: membawa kepada proses pembahagian masyarakat yang lebih kompleks.
- Sistem sosial atau sistem masyarakat: berbentuk piramid dan bersusun lapis.
- Lapisan atas: Raja (menerajui pemerintahan)
- Lapisan kedua: golongan pembesar (menguasai upacara dan hal ehwal agama), ketua kelompok, kumpulan pentadbir dan ilmuwan, dan kumpulan yang pakar dalam kesenian.
- Lapisan ketiga: golongan rakyat biasa.
- Lapisan paling bawah: golongan hamba.
3. Sistem pemerintahan
- Raja: Ketua pemerintah, wakil tuhan di bumi
- Wujudnya sistem perundangan.
- Panduan kepada masyarakat untuk menjaga keamanan dan kemakmuran sesebuah tamadun.
4. Pengkhususan Pekerjaan (Pembahagian kerja).
- Kepentingan: meningkatkan produktiviti manusia, meningkatkan kemakmuran dan kestabilan politik dan meningkatkan perkembangan ekonomi.
- Berlaku pertukaran barang melalui sistem barter.
- Sistem barter membawa kepada perkembangan sistem perdagangan : berlakunya pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya antara masyarakat yang penting untuk kemajuan sesebuah tamadun.
5. Agama dan kepercayaan.
- Pada awalnya: manusia percaya bahawa terdapat kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling (dipanggil kepercayaan animisme).
- Kemudian ianya bertukar menjadi agama (dikenali sebagai politeisme: penyembahan terhadap lebih daripada satu tuhan).
6. Bahasa dan sistem tulisan.
- Bahasa tertua: Yunani dan Sanskrit.
- Tulisan tertua: hieroglif, cuneiform dan ideogram.
- Kepentingan bahasa dan sistem tulisan:
- Penyebaran ilmu pengetahuan dan perhubungan antara masyarakat.
- Urusan pentadbiran (penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal-hal keagamaan).
- Menyampai, mengembang dan mencatat idea dan pemikiran manusia.
4 comments