1.3 Nota Ringkas: Tamadun Mesopotamia
Tamadun Mesopotamia
1. Pembentukan
- Maksud Mesopotamia: Tanah di antara dua sungai.
- Terbentuk antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.
2. Kedudukan
- Dua bahagian: Utara Baghdad dan Selatan Baghdad
- Tamadun bermula di bahagian selatan: Wilayah Sumer.
3. Kegiatan
- membina petempatan.
- menjalankan aktiviti pertanian.
- membina sistem pengairan - supaya boleh mengawal pengaliran air sungai.
- membawa kepada lebihan penghasilan makanan - dapat menampung keperluan jumlah penduduk yang ramai.
4. Kesan
- Wujudnya perkampungan kemudian berkembang menjadi bandar.
- Terbentuk negara kota yang terletak di pesisir sungai (contoh: Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari).
Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia
1. Negara Kota
Terbahagi kepada:
- Pusat kota: kebiasaannya berfungsi sebagai rumah ibadat.
- Tembok kota: bertindak sebagai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang (yang menjadi lambang kekayaan sesebuah kota).
- Dalam kota: terdapat istana, rumah kediaman, rumah kedai dan pasar dengan kebanyakan jalan berbentuk lurus dan lebar.
- Luar kota: terdapat pelabuhan.
Lakaran menunjukkan pelan negara kota
2. Organisasi sosial
Terbahagi kepada dua golongan:
a) golongan pemerintah
Terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua tentera dan golongan bangsawan.
b) golongan rakyat
Terdiri kepada dua:
- rakyat bebas: petani, artisan dan pedagang.
- hamba: tawanan perang.
Susun lapis masyarakat Mesopotamia
3. Sistem Pemerintahan
- Bentuk: Teokrasi (pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan yang berasaskan hukum agama dan bersifat ketuhanan).
- Raja dianggap tuhan atau wakil tuhan dan pemilik negara kota.
- Tetapi rakyat tidak menyembah raja kecuali semasa zaman pemerintahan Raja Naramsin.
- Ini kerana, beliau berjaya menguasai wilayah yang luas dan menggelar dirinya sebagai 'Raja Empat Penjuru Alam'.
- Fungsi raja:
- ketua pentadbir
- ketua tentera
- ketua pendeta
- ketua agama (bertanggungjawab untuk melantik ahli keluarga diraja memegang jawatan di zigurat).
- Fungsi zigurat: Pusat ibadat, pusat perdagangan dan pusat penyimpanan khazanah negara.
- berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan
4. Pengkhususan kerja
- Terjadi apabila terdapat lebihan makanan -> rakyat memilih untuk menjadi pedagang, peniaga dan artisan.
- Barangan seperti logam, kayu-kayan, emas dan perak dibawa masuk ke Mesopotamia untuk ditukar dengan hasil pertanian.
- Ada yang menjadi tukang rumah: pertambahan jumlah penduduk.
- Menjadi tentera: mempertahankan negara kota.
5. Sistem Tulisan
Bermula dengan bentuk tulisan bergambar -> bentuk simbol yang ditulis di atas tanah liat.
Tulisan pada tanah liat berbentuk pepaku dan dikenali sebagai cuneiform.
Sumbangan Tamadun Mesopotamia
1) Kod Undang-undang Hammurabi
- digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon.
- berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
- Kandungan:
- hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.
- mengandungi 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar supaya dapat dibaca oleh rakyat.
- Kepentingan:
- dapat mengelakkan permasalah di kalangan rakyat.
- mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi
- membantu peradaban Mesopotamia bertahan untuk jangka masa yang panjang.
2) Sistem Tulisan
- Memajukan sistem pendidikan yang melahirkan jurutulis: urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat (resit,nota dan surat kredit).
3) Perkembangan Sains dan Teknologi
- Penguasaan astronomi membolehkan mereka menggunakan jalan laut untuk belayar dan mencipta kalendar yang berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam setahun.
- Pencerapan pergerakan bulan, bintang dan matahari membantu perkembangan ilmu matematik: sistem mengira.
- Ilmu perubatan: 500 jenis ubat telah dikatalog dan disampel penggunaannya.
- Penciptaan roda: menghasilkan kereta kuda untuk tujuan peperangan, membawa kepada penciptaan kincir air untuk tujuan pengairan dan mengawal banjir.
- Alat pengangkutan: Kapal layar dan pengangkutan beroda - boleh menguasai jalan darat dan jalan laut.
- Cara membuat batu bata daripada tanah liat.
- Mencipta arca dan tiang batu.
2 comments