1.3 Nota Ringkas: Tamadun Mesir Purba
Proses Pembentukan Tamadun Mesir Purba
Manusia mula mendiami lembah sungai Nil pada zaman logam (5000 S.M.)
↓
sumber makanan: aktiviti pertanian dengan membina terusan
↓
penempatan tetap di lembah Sg Nil telah berkembang menjadi kampung
↓
gabungan kampung mewujudkan beberapa bandar
↓
bandar-bandar bergabung membentuk nome atau daerah
↓
Firaun Menes menyatukan daerah-daerah membentuk kerajaan
Firaun
- Firaun: raja yang berkuasa mutlak dan dianggap suci.
- Jawatan firaun: diwarisi secara turun-temurun.
- Zaman kerajaan lama, Firaun dianggap sebagai jelmaan Tuhan Horus.
- Zaman pemerintahan dinasti ke-3 dan ke-4, Firaun digelar Raja Matahari atau Amon-Re.
- Peranan: Ketua pemerintah, ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.
- Pembantu firaun:
- golongan bangsawan (pembesar yang terdiri daripada: pegawai, penasihat dan gabenor wilayah)
- Tugas golongan bangsawan: menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan bekalan makanan.
- Rahib: mentadbir hal keagamaan
- Jurutulis (terdiri daripada orang awam): membantu urusan pentadbiran dengan menulis segala rekod kerajaan.
- Seorang firaun wanita (Firaun Hatshepsut) telah membina terusan dan menukar padang pasir menjadi kawasan tanah yang subur untuk pertanian.
Ciri-ciri Tamadun Mesir Purba
1. Petempatan
- Bermula di bandar Thinis → berpindah ke Bandar Memphis (terletak di delta Sg Nil) → berpindah ke Bandar Thebes (pada Zaman Pertengahan).
- Kepentingan bandar: Tempat kediaman firaun, pusat pemerintahan dan pentadbiran, pusat keagamaan dan juga pelabuhan.
2. Kehidupan Berorganisasi
Susun lapis masyarakat Mesir Purba
3. Sistem Pemerintahan
- Pemerintah: Firaun
- Pembantu firaun: golongan bangsawan, rahib dan jurutulis.
4. Pengkhususan Kerja
Aktiviti:
- penenunan tekstil dan pembuatan tembikar dan peralatan (tekstil dan kertas menjadi eksport utama Mesir).
- Perlombongan emas (di wilayah Nubia).
- Perdagangan: Sg Nil yang luas dan lebar membolehkan kapal-kapal menyusuri dan berlabuh di pelabuhan.
5. Agama dan Kepercayaan
- Konsep politeisme: kepercayaan kepada banyak Tuhan.
- Kepercayaan berunsurkan alam:
- Re (Tuhan Matahari)
- Ra-Atum (Tuhan Langit)
- Amun (Tuhan Angin)
- Kepercayaan selepas mati:
- Mayat perlu disimpan dan dijaga.
- Makam mesti dipenuhi barang keperluan selepas mati.
- Solekan mayat, alat kebesaran dan jumlah barang yang dikebumi adalah lambang status mayat tersebut.
6. Sistem Tulisan
- Dikenali sebagai hieroglif: kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
- Kepentingan:
- Mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan pengutipan cukai.
- Tujuan keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.
Sumbangan Tamadun Mesir Purba
1. Seni bina
- Pembinaan piramid hasil ilham Imhotep: saintis, ahli fizik, arkitek dan penasihat penting kepada firaun Djoser.
- Perkenalkan pembinaan bangunan dengan menggunakan batu-bata.
2. Pendidikan
- Penciptaan kertas dari pokok papyrus.
- Kepentingan kertas: menyimpan segala rekod khazanah bangsa.
- Mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan.
- Institusi pendidikan diterajui oleh rumah ibadat.
- Tujuan: melahirkan pegawai kerajaan.
3. Ilmu matematik, geometri dan sains
- Melahirkan golongan terlatih yang mampu menguruskan hal ehwal pertanian dan pengawalan air Sg Nil serta pembinaan bangunan dan piramid.
- Mengawal banjir yang berlaku di Mesir pada setiap tahun.
- Memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun.
4. Perubatan
- Proses memumiakan mayat.
1 comments