1.3 Nota Ringkas: Tamadun Indus

Pembentukan Tamadun Indus

Penduduk nomad di barat laut India.

Membentuk petempatan kekal di sepanjang Sg Indus.


Hasil pertanian meningkat dan jumlah penduduk juga meningkat.


Membawa kepada pembukaan bandar: Bandar Mohenjo-Daro dan Harappa.


Ciri-ciri Tamadun Indus

1. Petempatan kekal

  • Pembentukan bandar terancang yang dikelilingi tembok (untuk tujuan keselamatan).
  • Bandar terbahagi kepada dua:
    • Bahagian utama: Pusat pentadbiran dan keagamaan yang menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam (upacara ritual dan penyucian) dan tempat penyimpanan hasil pertanian.
    • Bahagian kedua: kawasan perumahan.
  • Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empatdan setiap blok dipisahkan dengan jalan raya yang lurus dan bersambung dengan satu sama lain.
  • Mempunyai sistem kumbahan yang terancang.
  • Dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.
  • Contoh bandar: Mohenjo-Daro dan Harappa.


2. Organisasi Sosial

Susun lapis masyarakat tamadun Indus


3. Pengkhususan pekerjaan

  • Kegiatan perdagangan:
    • Membabitkan perdagangan dengan Mesopotamia.
    • Bukti: penemuan cap mohor buatan masyarakat tamadun indus di Mesopotamia.
    • Hasil dagangan: emas, gading gajah, manik dan hasil pertanian.
  • Kegiatan pertanian:
    • Contoh tanaman: barli, kacang dan sebagainya.
  • Kegiatan pembinaan dan pembuatan:
    • contoh: penghasilan barangan logam dan tembikar.


4. Agama dan kepercayaan.

  • Satu amalan agama:
    • Bukti: penemuan patung proto-Siva.
    • Menunjukkan seseorang duduk bersila dengan tiga tanduk di kepalanya yang melambangkan: Dewa Brahma, Vishnu dan Siva.
    • Kepentingan: berkait dengan agama Hindu.
  • Kepercayaan kepada Tuhan Ibu:
    • Bukti: penemuan patung wanita.
    • Kepentingan: melambangkan kesuburan.


5. Sistem tulisan

  • Berbentuk piktograf
  • Namun sehingga ke hari ini masih belum dapat ditafsirkan.


Sumbangan Tamadun Indus

  • Mereka mempunyai kepakaran dari segi perletakan bandar dan perisiannya.
  • Kemahiran dalam bidang geometri.
  • Kemahiran dalam kesenian.
  • Kemahiran dalam bidang matematik.
  • Kemahiran dalam bidang pembinaan.
  • Pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir Purba.
  • Kemampuan menghasilkan bata yang kukuh melalui suhu pembakaran yang tinggi.



Discussion

1 comments