1.3 Nota Ringkas: Tamadun Hwang Ho
Proses Pembentukan Tamadun Hwang Ho
- Penduduk nomad membina petempatan kekal di lembah Sg Hwang Ho kerana tanahnya yang subur.
- Petempatan awal: Tapak Banpo (berhampiran Bandar Sian).
- Aktiviti: bercucuk tanam, menternak binatang dan memungut hasil hutan.
- Bandar terawal: Bandar Anyang (merupakan pusat pemerintahan Dinasti Shang).
Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho
1. Petempatan awal
Petempatan awal yang berasaskan pertanian: membawa kepada pembukaan bandar.
Contoh: Anyang (yang merupakan negara kota dalam tamadun Hwang Ho).
Ciri-ciri bandar Anyang:
- Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran.
- Ketua pemerintah (raja, golongan pembesar dan golongan agama) tinggal di kawasan bandar.
- Dikelilingi tembok: menghalang pencerobohan musuh.
- Dikelilingi oleh perkampungan yang didiami golongan petani.
2. Organisasi sosial
Susun lapis masyarakat tamadun Hwang Ho
- Raja: menduduki lapisan paling atas.
- Golongan bangsawan, pembesar dan pegawai kerajaan: pembantu raja.
- Golongan petani, artisan dan pedagang:
- Merupakan golongan yang paling ramai.
- Merupakan tonggak ekonomi.
- Golongan artisan berjaya mereka cipta pelbagai barangan gangsa (senjata, perisai, perhiasan dan peralatan upacara keagamaan)
- Hamba: golongan bawah
3. Pengkhususan pekerjaan
- Dua kumpulan tentera:
- 1) Tentera menggunakan kereta kuda.
- 2) Tentera berjalan kaki.
- Golongan petani: tonggak ekonomi dan pentadbiran tamadun Hwang Ho
- Golongan artisan:
- Mereka cipta pelbagai barang tembaga: bekas minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar.
- Golongan hamba: membantu kerja-kerja pemburuhan dan korban untuk upacara penyembahan.
4. Sistem pemerintahan
Dinasti Shang:
- Bentuk: pemerintahan beraja (dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.
- Masyarakat percaya raja merupakan mandat daripada tuhan.
- Raja-raja Shang tak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama.
- Pembantu raja: golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.
- Tugas :
- Mentadbir wilayah.
- Mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri (sistem pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang).
Dinasti Chou:
- Membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan.
- Pembesar diberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.
- Tugas pembesar :
- Melindungi raja dan memberikan bantuan tentera.
- Ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.
5. Agama dan kepercayaan.
- Animisme : kepercayaan kepada roh.
- Politeisme: kepercayaan kepada banyak tuhan.
- Penyembahan roh nenek moyang.
- Tuhan syurga (Shang-Ti): dewa tertinggi di syurga dan merupakan nenek moyang kepada pemerintah Shang.
- Tuhan bumi (Tu)
- Bomoh: penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban.
- Penggunaan tulang oracle utk meramal sesuatu keadaan.
6. Sistem tulisan
Rekahan pada tulang oracle memberi idea kepada masyarakat Hwang Ho untuk mencipta tulisan sendiri.
Dikenali: ideogram (tulisan berbentuk simbol).
Kemudian tulisan ideogram berubah menjadi lebih kompleks.
Sumbangan Tamadun Hwang Ho
Pemerintahan
- Jenis: Monarki
- Dikenali sebagai pemerintahan beraja.
- Ketua negara adalah raja (pemilik mutlak).
- Gelaran raja ditukar kepada maharaja.
Pertanian
- Sistem pengairan dibina untuk memudahkan pertanian dan mengelakkan banjir.
Teknologi
- Pembajakan.
- Penciptaan cangkul dan sabit.
- Penggunaan batas untuk pertanian.
- Peralatan pertanian ditukar daripada kayu kepada besi.
Tulisan
Sistem tulisan cina pada masa kini diguna pakai di Jepun dan Korea.
Kepercayaan
- Pemujaan roh nenek moyang
- Konsep yin dan yang: dua unsur yang saling melengkapi (unsur pasif dan unsur aktif).
- Konsep feng shui: hubungan manusia dengan alam sekitar.
Kalendar
- Penciptaan kalendar dengan 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
- Raja menggunakan kalendar untuk menetapkan musim menanam dan menuai padi.
Falsafah
Falsafah perang Sun Tzu: selok-belok perang yang diguna pakai dalam strategi perniagaan.
1 comments