Previous Lecture Complete and continue  

  1.1 Nota Ringkas: Faktor Berlakunya Imperialisme Barat

  1. Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah dengan menjajah negara lain
  2. Pada awalnya, perluasaan kuasa ini adalah secara tidak langsung dan bertujuan menguasai perdagangan rempah
  3. Juga didorong oleh persaingan sengit mendapatkan pasaran dan bahan mentah akibat Revolusi Perindustrian di Eropah.
  4. Portugal, Sepanyol, Belanda merupakan kuasa Imperialisme Barat terawal di Asia Tenggara
  5. Portugal kuasa Imperialisme Barat pertama yang memulakan penguasaan (menguasai Melaka, 1511)

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG IMPERIALISM BARAT DI ASIA TENGGARA

  • KEKAYAAN ASIA TENGGARA
    • Kedudukan Asia Tenggara strategik di antara China dan India
    • Tanah yang subur untuk pertanian seperti tebu, kopi, getah, kelapa sawit dan tembakau
    • Kaya dengan bahan mentah seperti rempah, bijih timah, kayu jati dan petroleum yang diperlukan untuk memenuhi Revolusi Perindustrian
  • PERKEMBANGAN PESAT TEKNOLOGI (REVOLUSI PERINDUSTRIAN)
    • Penggunaan kapal wap dan pembukaan Terusan Suez (1869) telah menjimatkan kos dan mempercepatkan perjalanan Barat ke Timur
    • Penciptaan telegraf memudahkan perhubungan, terutamanya urusan perdagangan
  • DIDORONG GOLD (KEKAYAAN), GOSPEL (KEROHANIAN), GLORY (KEKUASAAN)
    • Perluasan tanah jajahan sebagai simbol kekuasaan
    • Orang barat merasakan bertanggungjawab untuk meningkatkan tamadun dunia
      • Belanda dan British = slogan “beban orang putih”
      • Perancis = slogan “tugas menyebarkan tamadun”
    • Mubaligh Kristian juga menggalakkan Imperialisme untuk menyebarkan agama Kristian
Soalan:
  1. Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme?
  2. Sebutkan kuasa imperialisme Barat di Asia Tenggara.
  3. Apakah kekayaan bahan mentah yang terdapat di Asia Tenggara?
  4. Apakah keistimewaan kapal wap?
  5. Apakah slogan yang digunakan oleh orang Barat yang mendorong berlakunya imperialisme?
Jawapan:
  1. Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain.
  2. Portugal, Sepanyol, Belanda
  3. Rempah, bijih timah, kayu jati dan petroleum
  4. Menjimatkan kos dan mempercepatkan perjalanan kerana ia menggunakan arang batu.
  5. Slogan “beban orang putih” digunakan oleh Belanda dan British manakala “tugas menyebarkan tamadun” digunakan oleh orang Perancis dalam menjalankan imperialisme.