1.2 Nota Ringkas: Pentadbiran dan Nasionalisme Filipina
SEBELUM PENJAJAHAN SEPANYOL
- Negara terdiri daripada daerah-daerah kecil (barangay)
- Setiap barangay ditadbir oleh Datu
- Wujud kerajaan Islam di Selatan Filipina
DI BAWAH PENJAJAH SEPANYOL
- Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral
- Pentadbiran Wilayah diketuai Ketua Datuk Bandar
- Pentadbiran Bandar diketuai Gabenor Kecil
- Pentadbiran tempatan (daerah) diketuai Encomiendero (sistem Encomienda)
- Tugas encomendero = Menjaga keamanan, mengutip cukai, menKristiankan penduduk barangay
- Penyatuan barangay membawa kepada kemerosotan pemerintahan tempatan
Soalan
- Apakah tugas Encomiendero dalam pentadbiran Sepanyol?
- Apakah tuntutan Jose Rizal di peringkat awal perjuangannya?
- Apakah tuntutan pertubuhan Liga Filipina?
- Apakah bentuk perjuangan pertubuhan Katipunan pimpinan Andres Bonifasio?
- Bagaimanakah cara perjuangan yang dilakukan oleh Aguinaldo?
- Apakah nama pertubuhan yang ditubuhkan oleh Sergio Osmena?
Jawapan:
- Menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk barangay.
- Beliau menuntut Filipina menjadi wilayah Sepanyol dan bangsa Filipina diberi hak yang sama seperti bangsa Sepanyol serta pemberian kebebasan.
- Mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.
- Gerakan radikal.
- Beliau bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk mengusir Sepanyol.
- Parti Nasionalista.
2 comments