1.3 Nota Ringkas: Pentadbiran dan Nasionalisme Indonesia
SEBELUM PENJAJAHAN BELANDA
- Terdiri daripada beberapa kerajaan yang berasingan (i.e.Kerajaan Bantam, Kerajaan Mataram)
- Setiap kerajaan diperintah raja dan dibantu golongan pembesar.
- Pentadbiran tempatan diketuai bhupati (pembesar daerah)
DI BAWAH PENJAJAHAN BELANDA
- Pentadbiran dibahagi kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
- Pentadbiran pusat diketuai Gabenor Jeneral
- Pentadbiran tempatan diketuai pembesar tempatan tetapi diawasi pegawai Belanda
- Dewan Tempatan ditubuhkan untuk menasihati pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan
- Majlis Rakyat (Volksraad) ditubuhkan Belanda dan dianggap sebagai langkah untuk menyediakan kemerdekaan
CETUSNYA GERAKAN NASIONALISME (TAHAP AWAL)
- Nationalism awal menekankan soal pendidikan
- Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk wanita.
- Menerbitkan novel mendedahkan penindasan Belanda (i.e. ‘Habis Gelap Terbitlah Terang’ dan ‘Penulisan Seorang Puteri Jawa’)
- Pertubuhan Islam (Muhammadiyah) ditubuhkan
- Bertujuan menyebarkan ajaran Islam dan menentang sekularisme Barat dan agama Kristian
- Giat mendirikan sekolah, klinik dan masjid
PERKEMBANGAN GERAKAN NASIONALISME (TAHAP KEDUA)
- Nasionalisme tahap kedua bersifat lebih radikal
- Kemunculan pertubuhan seperti Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasionalis Indonesia (tujuan utama untuk menuntut kemerdekaan)
- Parti Nasionalis Indonesia yang dipimpin Soekarno kuat mempengaruhi rakyat dan telah diharamkan oleh Belanda
- Soekarno dipenjarakan Belanda pada tahun 1929 - 1931
- Dibuang negeri ke Flores (Indonesia) 1934
Soalan
- Bagaimanakah kedudukan pembesar tempatan di zaman pemerintahan Belanda?
- Apakah tujuan Majlis Rakyat atau Volksraad ditubuhkan?
- Apakah yang diperjuangkan oleh Raden Adjeng Kartini?
- Apakah matlamat perjuangan pertubuhan Muhammadiyah?
- Sebutkan pertubuhan-pertubuhan radikal yang ingin menuntut kemerdekaan.
Jawapan:
- Pembesar tempatan kehilangan kuasa mentadbir kerana pentadbirannya diawasi oleh pegawai Belanda.
- Majlis Rakyat (Volksraad) ditubuhkan oleh Belanda yang dianggap sebagai langkah untuk menyediakan kemerdekaan.
- Memajukan pendidikan untuk kaum wanita.
- Menyebarkan ajaran Islam sebenar dan menghindar ancaman sekularisme Barat dan agama Kristian.
- Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia dan Parti Nasionalis Indonesia
3 comments