Previous Lecture Complete and continue  

  1.4 Nota Ringkas: Pentadbiran dan Nasionalisme Burma

SEBELUM PENJAJAHAN BRITISH

Raja Majlis Diraja (Hluttaw) Pegawai Tinggi Kerajaan (Wun) Ketua Bandar (Myothugyi) Pembesar Traditional (Athi)

  • Sistem pemerintahan di bawah Dinasti Konbaung
  • Raja adalah ketua pemerintah dan penaung Sami Buddha
    • Pegawai khas raja dikenali sebagai Ahmadun
  • Di bawah raja ialah Majlis Diraja yang dikenali sebagai Hluttaw
  • Pegawai tinggi kerajaan atau Wun berkuasa di peringkat pusat dan membantu raja
  • Ketua Bandar atau Myothugyi menjalankan pentadbiran di bandar
  • Pentadbiran daerah diketuai pembesar traditional dikenali sebagai Athi

DI BAWAH PENJAJAHAN BRITISH

  • Pentadbiran diketuai Pesuruhjaya Tinggi British
  • Pemerintahan beraja Dinasti Kongbaung dihapuskan
  • Jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat juga dihapuskan
  • Sistem pentadbiran tradisional dilenyapkan dengan pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889
  • Pentadbiran daerah diambil oleh Myo-ok atau pegawai bandaran
  • Penubuhan Majlis Perundangan beserta undang-undang Barat

CETUSNYA GERAKAN NASIONALISME (TAHAP AWAL)

  • Penentangan penjajah di peringkat awal dipimpin oleh golongan sami dan golongan berpendidikan Barat
  • Penubuhan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906 untuk mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan
    • Menggunakan isu pemakaian kasut dalam kuil oleh orang British untuk membangkitkan semangat nasionalisme,
  • U Ba Pe yang memimpin Persatuan Belia Buddha kemudiannya menubuhkan Majlis Am Kesatuan-Kesatuan Burma (1920) yang bersifat lebih radikal

PERKEMBANGAN GERAKAN NASIONALISME (TAHAP KEDUA)

  • Nasionalisme tahap kedua bermula apabila Laporan Montagu-Celford menyatakan Burma belum bersedia memerintah sendiri
    • Membawa kepada Revolusi Pelajar menuntut penubuhan universiti
    • Golongan bekas siswazah menubuhkan Parti Dobama Asiayone (di bawah pimpinan Aung San, Kyaw Nein dan U Nu) untuk menuntut kemerdekaan dan menggelarkan diri mereka sebagai Thakin (Tuan)
    • Golongan sami melalui Majlis Am Songha Sametgi melancarkan pemberontakan yang diketuai oleh Saya San, iaitu bekas pongi dan pemimpin Tharawady
    • Liga Anti Pemisahan ditubuhkan kerana membantah pemisahan dengan India kerana pemisahan dianggap akan melewakan kemerdekaan
  • British telah mengadakan pilihanraya pada tahun 1937
  • Dr. Ba Maw menjadi perdana menteri pertama setelah memenangi pilihanraya

Soalan

  1. Bagaimanakah kedudukan raja Burma sebelum kedatangan penjajah British?
  2. Apakah tindakan British yang menyebabkan terhapusnya pentadbiran tradisional Burma sepenuhnya?
  3. Apakah tujuan penubuhan Persatuan Belia Buddha?
  4. Apakah isu yang digunakan untuk membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat tempatan?
  5. Apakah tujuan Liga Anti Pemisahan ditubuhkan?

Jawapan:
  1. Raja adalah ketua pemerintah dan menjadi penaung kepada sami Buddha.
  2. British memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta Perkampungan Burma 1889.
  3. Mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan.
  4. Isu pemakaian kasut dalam kuil oleh orang British.
  5. Membantah pemisahan dengan India kerana pemisahan tersebut dianggap akan melewatkan kemerdekaan.