Previous Lecture Complete and continue  

  1.5 Nota Ringkas: Pentadbiran dan Nasionalisme Vietnam

SEBELUM PENJAJAHAN PERANCIS

  • Vietnam mengamalkan sistem pentadbiran pusat yang berkuasa mutlak
  • Setiap burokrasi diketuai oleh golongan Mandarin
  • Dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China
  • Pentadbir dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Cina

DI BAWAH PENJAJAHAN PERANCIS

  • Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab terus kepada pejabat tanah jajahan di Paris
  • Perancis kemudiannya menggabungkan Vietnam, Kemboja dan Laos atas nama Union Indo-China
  • Pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri kerajaan pusat tetapi tetap membayar cukai

CETUSNYA NASIONALISME DI VIETNAM (TAHAP AWAL)

  • Dipelopori golongan bengsawan dan pegawai dari golongan Mandarin yang memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja
  • Golongan menengah yang berpendidikan Barat pula memperjuangkan pendidikan Barat dalam kalangan rakyat
  • Phan Boi Chou
    • Menubuhkan pertubuhan Viet Nam Quang Phu Hoi
    • Memimpin revolusi dengan melancarkan pemberontakan di Tonkin, tetapi gagal
    • Melancarkan gerakan dakyah, tetapi ditangkap

PERKEMBANGAN NASIONALISME DI VIETNAM (TAHAP KEDUA)

  • Bersifat lebih radikal
  • Nguyen Thai Hoc menubuhkan Parti Viet Nam Quoc Dang Dang (NGDD), Ho Chi Minh menubuhkan Parti Komunis Vietnam (PKV)
    • Kedua-dua parti melancarkan pemberontakan tetapi gagal
  • Nguyen Thai Hoc telah ditangkap dan dijatuhi hukuman mati, Ho Chi Minh melarikan diri ke Hong Kong
  • Gerakan nasionalisme kemudiannya bercorak sederhana di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai
  • Baginda dilarang terlibat dalam gerakan nasionalisme radikal

Soalan
  1. Siapakah yang mengetuai pentadbiran Vietnam sebelum dijajah?
  2. Siapakah syarat untuk menjadi golongan Mandarin?
  3. Apakah peranan Gabenor Jeneral Perancis di Vietnam?
  4. Apakah perjuangan golongan bangsawan dan golongan Mandarin?
  5. Siapakah tokoh gerakan nasionalisme radikal tahap kedua?

Jawapan:
  1. Golongan Mandarin.
  2. Golongan ini dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Cina.
  3. Gabenor General mentadbir Vietnam dan bertanggungjawab terus kepada pejabat tanah jajahan di Paris.
  4. Pemulihan sistem pemerintahan beraja.
  5. Nguen Thai Hock dan Ho Chi Minh.