SISTEM PENTADBIRAN BRITISH DI TANAH MELAYU
- Melaka, Pulau Pinang dan Singapure digabungkan sebagai Negeri-Negeri Selat
- Diketuai oleh Gabenor dan dibantu oleh Residen Kaunselor
- Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) dikendalikan di bawah Sistem Residen
- Negeri-Negeri Tidak Bersekutu (Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor) dikendalikan di bawah Sistem Penasihat
- Residen dan penasihat menasihati sultan dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat istibdat orang Melayu sahaja
- Raja dan pembesar Melayu hanya berkuasa dalam hal agama dan adat istiadat orang Melayu
- Pentadbiran negeri dibahagi kepada beberapa daerah
- Pentadbiran peringkat kampung yang diketuai oleh penghulu dikekalkan
KESAN PENTADBIRAN BARAT DI ASIA TENGGARA
- Sistem pentadbiran Barat membawa kepada kemunculan semangat nasionalisme
- Kesan kepada sistem pemerintahan beraja
- Digantikan dengan Gabenor Jeneral di Burma dan Indonesia
- Dikekalkan di Tanah Melayu tetapi hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiadat orang Melayu sahaja
- Sistem perhambaan yang dimilik oleh raja dan pembesar dihapuskan
- Kesan kepada sistem pentadbiran (termasuk wilayah, negeri dan daerah)
- Daerah dan wilayah disatukan di bawah kerajaan pusat yang diketuai Gabenor Jeneral atau Pesuruhjaya Tinggi
- Tugas pembesar di peringkat pusat diganti dengan biro atau jabatan yang diketuai oleh pegawai Barat
- Pegawai Barat mengambil alih peranan pembesar tempatan
- Mengetuai pentadbiran daerah
- Mengawasi tugas penghulu dan pembesar tempatan di sesetengah negara
- Mengambil alih kuasa memungut cukai di samping memperkenalkan pelbagai jenis cukai baru
- Balai polis ditubuhkan untuk menjaga keamanan
- Kesan kepada sistem sistem perundangan
- Perundangan Barat diperkenalkan (Badan Kehakiman atau Mahkamah Barat)
Soalan
- Apakah yang dimaksudkan dengan Negeri-negeri Selat?
- Apakah yang dimaksudkan dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu?
- Di negeri manakah British memperkenalkan sistem penasihat?
- Bagaimanakah kedudukan raja dan pembesar Melayu semasa zaman pemerintahan British?
- Apakah nama jawatan ketua pentadbir pusat di Asia Tenggara pada zaman penjajahan Barat?
Jawapan:
- 3 buah negeri iaitu Melaka, Singapura dan Pulau Pinang.
- Empat buah negeri iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.
- Johor, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
- Raja dan pembesar Melayu kehilangan kuasa memerintah dan hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.
- Gabenor Jeneral.