Previous Lecture Complete and continue  

  1.7 Nota Ringkas: Pentadbiran Thailand Bahagian 1

SISTEM PENTADBIRAN THAILAND

Pemodenan pentadbiran Thailand antara faktor penting yang mengekalkan kemerdekaan Thailand tanpa pernah dijajah oleh sebarang pihak Barat.

  • Kerjasama dengan pihak Barat
    • Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat British untuk mengetui jabatan-jabatan
    • Penasihat kewangan, penasihat pelabuhan dan juruaudit (perbendaharaan negara) adalah daripada Britain
    • Penasihat kastam dari Amerika Syarikat
    • Penasihat ketenteraan dari Perancis
  • Rombakan sistem pentadbiran Thailand
    • Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat Tertingg
      • Majlis ini merupakan penasihat raja dalam pentadbiran negara
    • Sistem raja berperlembagaan diperkenalkan bagi menggantikan sistem raja berkuasa mutlak
    • Kabinet Menteri dibentuk dan dianggotai oleh golongan bangsawan yang berpendidikan Barat dan mereka mengetuai kementerian tertentu

GERAKAN NASIONALISME TAHAP PERTAMA DI THAILAND

  • Nasionalisme berpunca daripada kebimbangan rakyat terhadap sistem raja berkuasa mutlak
    • Perkembangan fahaman liberal, demokrasi dan raja berperlembagaan akibat pendidikan Barat
    • Sikap boros dan kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas hati
  • Pada tahun 1932, Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshall Phibul Songgram menubuhkan Parti Rakyat
  • Beliau melancarkan revolusi serta dan berjaya menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.