1.1 Nota Ringkas: Faktor Berlakunya Imperialisme Barat
- Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah dengan menjajah negara lain
- Pada awalnya, perluasaan kuasa ini adalah secara tidak langsung dan bertujuan menguasai perdagangan rempah
- Juga didorong oleh persaingan sengit mendapatkan pasaran dan bahan mentah akibat Revolusi Perindustrian di Eropah.
- Portugal, Sepanyol, Belanda merupakan kuasa Imperialisme Barat terawal di Asia Tenggara
- Portugal kuasa Imperialisme Barat pertama yang memulakan penguasaan (menguasai Melaka, 1511)
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG IMPERIALISM BARAT DI ASIA TENGGARA
- KEKAYAAN ASIA TENGGARA
- Kedudukan Asia Tenggara strategik di antara China dan India
- Tanah yang subur untuk pertanian seperti tebu, kopi, getah, kelapa sawit dan tembakau
- Kaya dengan bahan mentah seperti rempah, bijih timah, kayu jati dan petroleum yang diperlukan untuk memenuhi Revolusi Perindustrian
- PERKEMBANGAN PESAT TEKNOLOGI (REVOLUSI PERINDUSTRIAN)
- Penggunaan kapal wap dan pembukaan Terusan Suez (1869) telah menjimatkan kos dan mempercepatkan perjalanan Barat ke Timur
- Penciptaan telegraf memudahkan perhubungan, terutamanya urusan perdagangan
- DIDORONG GOLD (KEKAYAAN), GOSPEL (KEROHANIAN), GLORY (KEKUASAAN)
- Perluasan tanah jajahan sebagai simbol kekuasaan
- Orang barat merasakan bertanggungjawab untuk meningkatkan tamadun dunia
- Belanda dan British = slogan “beban orang putih”
- Perancis = slogan “tugas menyebarkan tamadun”
- Mubaligh Kristian juga menggalakkan Imperialisme untuk menyebarkan agama Kristian
Soalan:
- Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme?
- Sebutkan kuasa imperialisme Barat di Asia Tenggara.
- Apakah kekayaan bahan mentah yang terdapat di Asia Tenggara?
- Apakah keistimewaan kapal wap?
- Apakah slogan yang digunakan oleh orang Barat yang mendorong berlakunya imperialisme?
Jawapan:
- Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain.
- Portugal, Sepanyol, Belanda
- Rempah, bijih timah, kayu jati dan petroleum
- Menjimatkan kos dan mempercepatkan perjalanan kerana ia menggunakan arang batu.
- Slogan “beban orang putih” digunakan oleh Belanda dan British manakala “tugas menyebarkan tamadun” digunakan oleh orang Perancis dalam menjalankan imperialisme.
11 comments