[KSSM] Tingkatan 4 Prinsip Perakaunan

Subjek SPM Tingkatan 4 Prinsip Perakaunan mengikut sukatan mata pelajaran Malaysia.

KSSM Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 dibentuk berdasarkan aspek teori dan amalan perakaunan yang disepadukan dalam 9 modul pembelajaran bidang perakaunan kewangan. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bermula dari pemahaman konsep, prinsip, andaian dan batasan perakaunan serta diperkukuhkan dengan kemahiran mengklasifikasi, merekod, dan melapor data kewangan berdasarkan urus niaga atau peristiwa perniagaan sebenar selaras dengan amalan industri dan keperluan sukatan pelajaran badan profesional pada peringkat yang setara.

Penyampaian kurikulum mata pelajaran ini adalah berdasarkan kepada amalan proses kerja perakaunan yang dijalankan dari satu peringkat ke satu peringkat lain yang dinamakan Kitaran Perakaunan.


Get started now!